homeQaisyFacebooktwitterAsk fm
Alhamdulillah syukur.


Assalamualaikum muslims. Hi and hello people.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi sebuah senyuman yang terindah dalam hidupku. Meskipun keputusan ku bukanlah yg terbaik tapi sekeping kertas itu dapat mengukir sebuah senyuman yg teramat manis di wajah orang tua ku. Alhamdulillah ya Allah.

Ya, tidak dinafikan. Keputusan ku bukanlah sehebat kawan-kawan ku. Tapi aku bersyukur kerana aku memperoleh 1A dan aku lulus! Itu yg penting. Ustaz pernah cakap, kalau kita nak berjaya, kita kena pandang bawah kerana andai kita dibawah, ingatlah bahawa ada lagi yg berada di bawah kita. Jadi, kalau kita sentiasa pandang bawah, kita akan tahu bersyukur. Kejayaan itu penting tapi bersyukur pada pemberian lebih penting. Ingat tu!

Andai seseorang itu bodoh, tidak bermakna dia tidak mencari ilmu. Andai seseorang itu pandai, tidak bermakna dia tahu bersyukur. Andai kita bodoh, tapi kita tahu bersyukur, insyaallah kejayaan menanti. Tapi, andai kita pandai kemudian kita bangga dan riak, kemungkinan kesusahan menanti. Apa yg kita dapat, semua datangnya dari Allah. Apa yg kita terima hari ini, semua datangnya dari Allah. Mungkin bukan kejayaan yg kita peroleh harini tapi kalau kita bersyukur pada-Nya, insyaallah akan diberikan gajaran pada hari esok. 

Kepada yang gagal, janganlah terlalu kecewa kerana Allah memberi dugaan pada orang yg terpilih. Andai kita sabar dgn dugaan-Nya, insyaallah kejayaan menghampiri. Dengan kuasa Allah, walaupun kita antara yg paling bodoh di dunia tapi kalau kita sentiasa berdoa pada-Nya dan berusaha, kita akan jadi orang yang paling bijak di muka bumi Allah ini. Semua itu dengan kuasa Allah. Kun faya kun. Alhamdulillah. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.



POSTED BY Najwa ON Tuesday, December 18, 2012 @ 11:01 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | forth