Hai assalamualaikum. Alhamdulillah kita semua sekarang sedang
berada di bulan Ramadhan yang mulia dan menjalani ibadah puasa dengan
sempurnanya. Salam Ramadhan kepada semua friends di facebook, followers di
twitter, followers di blog, dan semua yang dikenali dan disayangi. Ewah! Hahaha
ok.
Hari pertama puasa, memang aku liat sangat nak bangun sahur, aku tahu
korang pun sama, kan? Haa, tak baik tipu di bulan puasa ni. Hahaha. Eh, korang
sedar tak? Kalau bukan bulan puasa, perut kita ni tak menggedik pun even tengah
online dari pagi hingga ke malam kan? Tapi bila dah nama pun bulan puasa, baru
pukul 4, perut dah menari nari kelaparan. Sangat mengada. Semua tu nafsu semata
mata. Nak kata syaitan menggoda, syaitan semua habis diikat. Nampak sangat kita
lah syaitan tu. Hahaha kan? K joke. Apa yang terjadi pun, tak kira lah perut
nak menari ke, shuffle ke, berdangdut ke, menyanyi ke, kita tetap kena teruskan
puasa kita. Siapa yang taknak kejar pahala yang berlipat ganda ni kan? Haa,
jadi baik kejap. Hahaha. Konon je tu. Lol.
Anyway, aku tak sabar sangat
nak raya. But, you know what, sebelum raya aku dah kena hadapi peperiksaan yang
sangat dibenci oleh para pelajar di Malaysia iaitu Trial of Pmr. Haha even itu
trial, tapi itu tetap peperiksaan kan? Kalau dah ada trial, macam mana nak
feeling raya? Haa, itu kan satu masalah. Hm haha. Hmm, korang doakan aku lulus
dengan cemerlangnya ok? Hahaha. Even dh nak trial, aku still rasa malas nak
baca buku, hmm. Kenapa aku macam tu? Langsung taknak berusaha untuk
memperoleh kejayaan. Ewah. Aku tipu je. Takkan lah aku tak berusaha langsung,
kalau dah takut, nak ke taknak, buku aku pegang jugak. Cuma rezeki yang
menentukan segalanya. Jangan fikir orang bodoh tak boleh dapat straight A’s ok?
Dan jangan pelik kalau orang pandai/pintar/bijaksana dapat result teruk.
Sebab…rezeki semuanya ditangan Allah. Kalau Allah cakap itu, itu lah yang akan
berlaku. Kalau Allah cakap ini, inilah yang berlaku. Faham? Saya harap anda
semua faham lah eh. Kalau awak semua manusia, faham lah. Kalau tak faham tu,
faham faham jelah dia tu apa. Hahahaha joke. Manusia jugak lah, takkan beruk
nak baca semua ni pulak kan? Kehkeh.
Tangan aku tengah gatal sebenarnya ni,
that’s why hapdet benda yang merapu merepek macam ni. Ehem! Sudah lah tu, aku
penat nak raba raba keyboard di bulan puasa ni, jakgi terberdosa pulak kan?
Hahaha terberdosa? Berbahasa melayu sungguh bak kata Syeraa Radzi. Dikesempatan
ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim.
Kalau dapat duit raya banyak, jangan lupa bagi aku sikit ok? Dapat pahala tau
beramal di bulan yang mulia mulia cenggini. Hehe. Dan good luck jugak for
those yang nak jawab exam nanti. Semoga kita semua memperoleh kesejahteraan dari
yang Maha Esa. That’s all untuk kali ni, bye assalamualaikum.
POSTED BY Najwa ON Sunday, July 29, 2012 @ 1:17 AM