homeQaisyFacebooktwitterAsk fm
I love you.



Hello assalamualaikum readers. Hakchiumm! Fuh, berhabuk blog aku ni, lama lama sekali aku nak update kan? Kain mane kain? Nak lapkan sikit. Penuh debu! Hihi. Kay stop. Today aku tak nak cerita something yang berkenaan dengan aku. Urmm, aku nak cerita tentang satu couple ni. Rekaan atau cerita benar aku pun tak pasti. Kay, aku start cerita okay? Actually couple ni memang couple paling sweet dekat kolej diorang. And diorang padan sangat, sama sama cantik handsome kaya bergaya and bagailah. One day, boyfriend dia langsung tak call or text dia. So girl tu pergi lah cari merata tempat kan, risau lah dekat buah hati dia tu, takut lah kalau apa apa yang terjadi. Bila hari pun dah nak dekat senja, dia terus balik rumah. Kejap kejap check phone, nak tengok boyfriend dia tu text or call dia ke tak. Dia mula risau kalau kalau boyfriend dia dah mula bosan dengan dia. And pada malam tu, kerja girl tu nangis je sampai dia tertidur. Pagi tu dia bangun je tidur,benda first dia buat, check phone. Still takde mesej or misscall from her boyfriend. Then, dia pun bersiap lah, pergi kolej dengan perasaan yang sangat celaru. Sampai je kolej, mata dia tercari-cari akan boyfriend dia tu, but still takde. Masuk je class, kawan dia terus sapa dia dengan muka yang agak serious. Dia pun jawab dengan fikiran yang tengah melayang entah kemana. Then, dia tiba tiba terkejut bila tengok anak mata kawan dia yang seakan akan simpati terhadap dia. Setahu dia, dia takde cerita kat sape sape lagi tentang masalah diorang. So dia terus tanya kawan dia, apa yang terjadi. Then kawannya pun cerita lah tentang gambar boyfriendnya yang tersebar di internet ketika sedang tidur dengan perempuan lain. Lokasi tersebut dekat satu hotel yang pernah dijadikan tempat diorang dinner. Dalam masa 5 saat, air mata girl tu terus menitis terburai di pipi. Then dia terus berlari menuju ke kereta dia, and dia drive swear macam Lisa dalam filem lagenda budak setan tu, maklum lah hati dia dah dipermainkan. Sampai je rumah terus masuk bilik, berkurung dalam bilik seharian, menghabiskan masa dengan menangis menangis dan menangis. Malam tu, boyfriend dia text and call dia, tapi satu button dekat phone dia tu, langsung tak ditekannya. Esoknya, dia tak pergi class. Giliran boyfriend dia pula mencari cari dia. Then lelaki tu pun terfikir nak pergi ke rumah girl tu. Tiba tiba ada inbox, bila dia tengok je nama girlfriend dia, terus dia buka mesej tu, then diorang pun texting,

Girl : I dah lepaskan you, you takpayah risau lah okay? Tinggalkan I, please.
Boy : Tak, I takan lepaskan you. I promise I takkan buat benda tu lagi.
Girl : No, I nak clash. Dan jangan pernah cari I lagi if you sayangkan I. Please? Bye.
Boy : Okay, but satu je I nak you ingat, I akan selalu tunggu you. Bye sayang.

Then girl tu terus off phone and dia sambung kerja menangis dia tu. Sampai ke pagi dia tak tidur, bertapa sakitnya hati dia. Demi nak lupakan lelaki tu, dia terus tukar kolej. Dan semenjak tu, dia dah tak jumpa ex dia tu. Dia ada jugak dengar kawan kawan dia cakap yang ex dia tu dah sambung belajar ke luar negara. Even dah tak sama kolej, she and her besttie still contact.

One year ago..

Birthday girl tu pun dah nak tiba. So, abang dia yang study dekat London pun balik lah, nak sambut birthday adik kesayangan. And pada malam sebelum birthday dia, abang dia keluar nak carikan hadiah special dekat adik dia tu. Then pada malam tu jugak, diorang dapat panggilan yang abang dia accident. So diorang satu family terus ke hospital. Agak terperanjat si girl tu bila nampak ex dia dekat hospital. Pelik lah, diorang cakap dia sambung study dekat luar negara, tiba tiba ada kat KL pulak sekarang. And disebabkan dia terlalu risaukan abang dia, dia tak hiraukan ex dia tu. Then bila masuk je dalam bilik abang dia, sayu hatinya tengok abang dia terlantar sakit atas katil, dengan badannya yang tak bermaya dan matanya dibaluti akibat kecederaan di matanya. Padahal sebelum abangnya keluar rumah, tak pernah lekang senyuman dibibir. Kemudian, berita yang doktor khabarkan pun berita buruk buat mereka sekeluarga. Abangnya perlu buat pembedahan dengan segera. So dia perlukan penderma mata. And semalaman family diorang tak tidur sebab asyik fikirkan dimana nak cari penderma mata. Sehingga tak sedar matahari pun dah terbit. So dia kena balik rumah untuk membersihkan diri cause dari semalam tak mandi. So bila  sehari tak tidur, dia mengantuk sangat, dia fikir nak tidur sekejap but terlanjur hingga ke malam.  So dia putuskan untuk melawat abangnya pada esok hari. Keesokan hari, dia mendapat panggilan dari mamanya yang abangnya telah pun dibedah. Terukir senyuman dimulut dia. Dia sangat lah bersyukur cause abangnya akan dapat melihat semula. Tiba dia di hospital, abangnya merenung anak matanya, terlihat kebahagiaan dimata dia. Kemudian mereka berbual-bual,

Abang : Adik, kau tahu tak siapa yang dermakan mata pada abang?
Adik : Tak. Siapa bang?
Abang : Betul kau nak tahu? Jangan kau marah pulak.
Adik : Takde la. Siapa?
Abang : Ex kau dik. Farish (BNS)
Adik : Hah? Biar betul. Macam mana dengan dia sekarang?
Abang : Kau risau kan dia dik, that’s mean kau masih sayangkan dia kan?
Adik : Jangan merepek lah.
Abang : Dia ada bagi surat dekat kau dik.
Adik : Hah? Surat ape?
Abang : Entah. Lepas buat pembedahan, parents dia terus bawak dia pergi luar negara.
Adik : Kan dia tengah sakit?
Abang : That’s why lah diorang bawak dia untuk jalani rawatan dekat sana.
Adik : Ohh. Mana surat tu?
Abang : Kau ambik dekat dalam laci tu.
Adik : Okay.

Kemudian dia terus buka dan baca surat tu. Surat tu tertulis,

“I nak minta maaf dengan apa yang I dah buat pada you. I menyesal sangat sebab I sia siakan cinta you. I kan dah cakap I akan tunggu you. Dan I tak boleh hidup tanpa you, I bersyukur sebab I ada penyakit ni. Sebab I terseksa hidup tanpa you. Abang you belum bagitahu kan? Yeaah. I tak bagi dia bagitahu you. I ada barah otak. Masa I tak lame dah, that’s why I kena jalani rawatan dekat luar negara even I dah tahu ajal I dah dekat. Bila I takde nanti, you jangan lupakan I kay? Jangan lupa kenangan pahit manis yang kita pernah lalui. I tahu you masih cintakan I, dan I nak you tahu, I masih cintakan you. You cinta pertama dan terakhir I. Peristiwa malam tu boleh berlaku sebab I termakan ajakkan kawan kawan I untuk minum alcohol, then diorang kenakan I sebab diorang nakkan you. I bersyukur jugak dapat teman wanita yang setia macam you. Thanks a lot cause banyak berikan kebahagiaan dalam hidup I. I dermakan mata I pada abang sebab I tahu masa I dah tak lama. I tulis surat ni untuk you sebab I tahu masa I dah tak lama. I tahu yang I takkan sempat jelaskan semuanya pada you face to face cause masa I dah tak lama. I harap sangat you maafkan I, sebab I tahu masa I dah tak lama. Thankyou sebab dah jadi yang terbaik dihati I. Thankyou very much!”

Selesai je baca surat tu, air matanya terus mengalir tanpa hentinya. Perasaan rasa bersalah dalam dirinya mula wujud. Dia tak sangka ada orang yang cintakan dia sebegitu rupa. Dia mula rasa yang dia bodoh kerana tak percaya pada orang yang paling dia sayang. Tiba tiba telefonnya berdering, tertulis nama ex boyfriendnya di screen telefon, terus dia menjawab panggilan dengan nada yang teresak esak, tapi tidak kedengaran suara kekasihnya malah mama pada Farish.

Mama Farish : Hello assalamualaikum.
Anis (BNS) : Yaa wa’alaikumussalam.
Mama Farish : Anis ke ni?
Anis : Yaa aunty. Kenapa?
Mama Farish : Anis, Farish dah tak ada, kami on the way balik Malaysia.

Terus terhempas telefon yang dipegangnya tadi. Air mata mencurah telerai dipipinya. Perasaan rasa bersalah makin membuak buak. Dia amat menyesali kesilapannya. Hendak meminta maaf sudah tidak terdaya, Farish telah pun tiada. 


Okay, moral of the story, jangan lah membuat keputusan tanpa soal selidik kerana sebab itu kita akan kehilangan orang tersayang. And korang, kalau nak buat moral value, memang banyak, yang paling aku suka yang atas tu kay? Actually baru nak jujur kat sini, aku create sendiri cerita ni, hihi. Dalam masa empat jam aku menaip dengan spontan, akhirnya tercipta sebuah cerita yang bertajuk “I love you”.  Hahaha! Takda idea nak letak tajuk. Best? Tak best? Kesah pulak aku, haha. Janji aku cipta sendiri, kau ada? Hikhik. Sebarang pertanyaan boleh  tanya aku kay? Siapa cakap aku copy cerita orang, meh sini nak sekeh kepala tuh! Sorry sikit. Cerita ni tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati. Nama nama dalam cerita ni hanyalah dihentam oleh penciptanya, sebarang persamaan adalah secara kebetulan. Okay? K bye bye all, assalamualaikum.
POSTED BY Najwa ON Saturday, November 26, 2011 @ 11:54 AM
back | all rights reserved desiree 2012 | forth