Bakal pemaisuri hatimu ini mungkin
seorang yang
degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya.
Bersabarlah. Tabahlah.
Andai ana adalah tulang rusukmu yang telah
hilang
Ana berharap jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar ana menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di Syurga
Kerana ana ingin kita akan disatukan di dunia
dan akhirat
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat
anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat
kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan
anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah
tangga kita
Kau boleh mencintai ana apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh
kebijaksanaan
Dan andai ana salah
Tegurlah ana dengan kata-katamu yang penuh
dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai ana marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai ana lupa
Ingatkanlah ana dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan
bagiku dan anak kita
Kerana
Ana hanya mengharapkan imam yang baik dalam
rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa ana ke jalan yang
diredhai-Nya
Jalan yang menuju Syurga-Nya bersama dirimu.
Insyaallah. Amin Amin. Hanya ini mintaku.
POSTED BY Najwa ON Saturday, January 19, 2013 @ 5:30 AM